Islam Agama Pengotor?

Satu ketika dalam tahun lepas saya telah pergi membuat lawatan ke sebuah daerah di pantai timur dengan dua buah bas. Kami bertolak dalam jam 10. 00 malam dan tiba di sana pada waktu azan subuh berkumandang. Sampai sahaja di masjid daerah tersebut saya teruslah menuju ke tandas. Almaklumlah setelah semalaman ‘memproses’. Masuk sahaja saya ke tandas masjid tersebut, tiba-tiba saya terus hilang mood kerana terbau bauan yang sangat menusuk hidung ditambah dengan sajian pemandangan yang sangat menjijikkan. Saya perhatikan di atas lantai tandas penuh dengan sampah sarap dan berpasir malah bangkai haiwan kecil pun ada. Selain daripada itu saya dapati hampir setiap mangkuk tandas mengandungi objek yang terapung. Mahu tak mahu terpaksalah saya mencuci dan mengepamkan mana yang patut kerana sudah tak tertahan lagi perut ini. Selesai berhajat sayapun sambung balik mencuci dan menyiram keseluruhan tandas tersebut supaya orang lain dapat menggunakannya dengan selesa.

Rupanya pengotornya penghuni masjid tersebut tidak berakhir disitu. Semasa hendak mengambil wuduk, saya sekali lagi berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama. Tempat mengambil wuduk berlumut, dikotori dengan sampah sarap dan berpasir. Saya sedapkan hati dan terus menyelesaikan wuduk. Apabila saya masuk ke dewan masjid untuk bersolat subuh, jemaah telahpun selesai bersolat. Maka sayapun teruslah bersolat dibahagian belakang dewan utama. Apabila bersujud, habis penuhlah dahi saya dilekati oleh pasir yang terdapat di atas permaidani. Selesai solat saya terpaksa membersihkan dahulu dahi saya daripada pasir-pasir yang melekat. Saya lihat dihadapan mimbar, pak imam dan jemaah sedang disajikan dengan kuliah subuh.

Saya termenung dan memikirkan dimanakah silapnya hingga perkara ini terjadi? Masjid-masjid kita penuh dengan kuliah dan pengajian dari subuh hinggalahke isyak. Berbagai topik diajar kepada jemaah dari feqah hinggalah ke tasauf. Jemaahnya pula pelbagai lapisan umur dan latarbelakang. Apa masjid ini tidak pernah mengajar bab toharoh?

Ingin sahaja rasanya pergi ke hadapan berjumpa pak imam yang sedang bersemangat memberi kuliah subuh dan mencadangkan kepadanya supaya membatalkan kuliah subuh hari ini dan sebagai gantinya mengajak jemaah sekelian supaya begotong royong membersihkan masjid. Tetapi memandangkan saya ini orang musafir (takut menyinggung perasaan penduduk setempat), maka saya urungkan sahaja niat itu tetapi tetap kesal dengan sikap (attitude) orang kita (Islam) berbeza jauh dengan sikap sesetengah orang kafir barat yang tak pernah belajar bab toharoh tetapi lebih cemerlang dalam menjaga kebersihan diri dan persekitaran sehinggakan kita rasa boleh tidur di dalam tandas awam mereka kerana bersih dan wanginya. Dimana silapnya?

Satu Respons

  1. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khusunya petikan ayat di bawah,

    “Ingin sahaja rasanya pergi ke hadapan berjumpa pak imam yang sedang bersemangat memberi kuliah subuh dan mencadangkan kepadanya supaya membatalkan kuliah subuh hari ini dan sebagai gantinya mengajak jemaah sekelian supaya begotong royong membersihkan masjid.”

    Perasaan yang sama terbit dalam hati saya bila singgah di sebuah masjid yang begitu besar dan gah (baru diubah suai) pada satu Magrib.

    Malangnya bukan sahaja tandasnya yang tidak terfikir oleh imaginasi (bau dan kecelaruannya) berbanding dengan bangunannya yang gah itu. Malah tidak boleh digunakan langsung!

    DI mana silapnya?

    Salam perkenalan dari ambo.

    “Pray hard,work smart & creative”

    Assalamualaikum

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.