Rukun Islam

Seperti yang kita sedia maklum, Rukun Islam terdiri daripada 5 perkara dan kelima2 perkara ini merupakan manual hidup untuk menjadi Muslim sebagaimana kata2 Tan Sri P Ramlee, “Rukun Islam 5 perkara, marilah kita MENGERJAKANNYA…”. Oleh itu, kelima2 rukun tersebut WAJIBlah dijalani kalau kita hendak memakai title MUSLIM, betul kan? Bagaimana kalau kita hanya nak menjalani 1, 2, 3 atau 4 rukun sahaja daripada 5? Sudah barang tentu kita tidak mengikut prosedur yang betul dan gagallah kita menjadi MUSLIM.

Terdapat satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh masyarakat Melayu iaitu majoriti orang Melayu hanya mengamalkan 4 sahaja daripada rukun Islam. Kenyataan ini sebenarnya amatlah mengejutkan tetapi inilah realitinya berdasarkan hasil penyelidikan saya. Dengan responden lebih 100 orang, hampir 100% mengakui mereka hanya mengamalkan 4 sahaja daripada rukun Islam dan tidak tahu bagaimana hendak MELAKSANAKAN yang satu lagi itu. Malah mereka juga tidak mengetahui bahawa sepatutnya rukun Islam yang perlu DIKERJAKAN berjumlah 5 kesemuanya. Amat memeranjatkan sekali.

Bagaimana dengan anda?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.