Jabat Tangan Bagai Semut…

Biasa tak kita jumpa orang yang kurang ajar ketika bersalaman dengan kita? Saya biasa sangat jumpa terutamanya ketika menghadiri solat Jumaat. Biasanya apabila selesai solat sunat sebelum jumaat, kita akan bersalaman dengan jemaah disekeliling kita. Orang yang kurang ajar ni (kerana pada pendapat saya dia tak cukup belajar) akan bersalaman tetapi tidak melihat muka kita, hanya tangan sahaja yang dihulur tetapi mata tak pandang kita. Ada satu perangai pulak bersalam macam pepatung bertelur. Sentuh sikit lepastu tarik cepat-cepat. Ntah hapa-hapa ntah. Semut pun tau macamana nak bersalamla. Pernah tengok semut bersalam? Cuba peratikan. Penuh adab dan mahabbah. Malu kita yang orang (bawah darjat manusia) ni salam dah macam rutin tradisi je. Dah takde roh.

Apala salahnya apabila kita hendak bersalam (dengan tujuan mengeratkan tali silaturrahim), kita hulur kedua tangan (bermakna kita sungguh-sungguh) lepastu pandang muka saudara kita tu dan lemparkan senyuman yang ikhlas. Disamping itu juga hendaklah kita jabat erat tangan saudara kita tu sebagaimana kita jabat tangan tok kadi semasa kita bernikah tu. Lepastu kita cam wajah orang yang kita salam tu supaya apabila kita beremu dengannya di tempat lain, bolehlah kita mengenalinya. Taklah nanti di masjid dah bersalam, tapi jumpa tengah jalan (ni pasal eksidenla ni) boleh bertumbuk pulak.

Janganlah kita rasa kita lebih hebat dari regu salam kita sebagaimana gelagat segelintir ‘orang besar’ yang bersalaman seumpama nak mengecat rumah je. Main sapu je tangan tu macam tarik berus cat kat dinding. Kalau belum tau lagi nak beradab bila bersalaman, rasanya tak payah salam lagi baik kot. Takdela orang nak sakit ati.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.