Sebagai orang Melayu,biasakah kita dengan dua terma di atas iaitu ‘PINJAM’ dan ‘HUTANG’? Kita juga tentu biasa mengamalkan kedua-dua perlakuan di atas contohnya seperti :
“Boss, boleh pinjam RM200 tak, nanti hujung bulan potong gaji”
“Din, boleh pinjam kereta engkau sekejap tak, petang nanti aku pulangkan”
Tetapi perasankah kita kedua-dua istilah di atas mempunyai implikasi berbeza dari sudut Islam? Apabila kita ber’akad’ HUTANG, maka segala implikasi akan dinilai mengikut klausa HUTANG, begitulah juga sebaliknya.
Tetapi perasankah kita pada hari ini kita telah mencampuradukkan akad kita. Kita akad pinjam tetapi sebenarnya kita nak berhutang atau sebaliknya.
Renung-renungkanlah…
Filed under: Uncategorized